Lebih 19 rumah rosak dibadai ribut
- Admin UKK
- Berita
PADANG TERAP: Lebih 19 rumah di FELDA Lubuk Merbau, Mukim Tekai Kiri di sini, rosak dibadai ribut, petang tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Roshidi Kassim, berkata kejadian kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan pokok tumbang.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5 petang daripada penduduk kampung berhubung insiden itu.
"Berikutan itu, sepasukan anggota APM Padang Terap bergegas ke lokasi untuk melakukan pemantauan dan bancian penduduk di lokasi.
"Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan terbabit, setakat ini.
"Kebanyakan mangsa berpindah ke rumah saudara mereka," katanya dalam satu kenyataan.
