PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bekalan air, pembenihan awan langkah segera tangani cuaca panas

Bekalan air, pembenihan awan langkah segera tangani cuaca panas

KUALA LUMPUR, 1 April – Penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki serta pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) antara langkah segera kerajaan bagi meningkatkan aras empangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) turut menegaskan semua agensi berkaitan perlu menyalurkan maklumat berpusat termasuk pemantauan aras empangan, bekalan air mentah, kelembapan tanah serta kawasan berisiko bagi membolehkan tindakan segera dilakukan.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) perlu mengaktifkan dan memperkasa Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) bagi memastikan keputusan dibuat berasaskan data dan maklumat teknikal.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyelaras empat siri OPA di Perak, Kedah, Perlis dan Johor bermula 6 hingga 9 April ini dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia),” menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.

Langkah proaktif itu diambil susulan fenomena cuaca panas akibat peralihan monsun yang bermula 29 Mac lalu dan dijangka berterusan hingga Mei.

Walaupun tempoh berkenaan lazimnya membawa ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan, terdapat lokasi berisiko mengalami gelombang haba tahap satu dan dua dengan suhu mencecah antara 35 hingga 40 darjah Celsius.

Keadaan itu menjejaskan aras air empangan serta memberi impak kepada sumber air, sektor pertanian dan kehidupan harian rakyat, khususnya golongan rentan di luar bandar dan pedalaman.

Dalam pada itu, pendekatan kemanusiaan terus diberi penekanan bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan paling terkesan termasuk berpendapatan rendah, warga emas dan petani kecil.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search