PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Empat kes kebakaran hutan di Selangor dalam tempoh 24 jam

Empat kes kebakaran hutan di Selangor dalam tempoh 24 jam

PETALING JAYA: Sebanyak empat kes kebakaran hutan direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam tempoh kira-kira 24 jam lalu.

Kebakaran membabitkan empat lokasi iaitu Jalan Batang Kali-Genting Highland; Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS), Tanjung Sepat, Banting; Jalan Mawar 4A, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dan Jalan As Salam, Taman Saffron, Bukit Sentosa. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kesemua kebakaran direkodkan berlaku antara pada 11.51 pagi semalam hingga 8 pagi ini.

“Untuk Jalan Batang Kali-Genting Highlands, kebakaran berlaku di lereng bukit dengan anggaran kecerunan 70 peratus. 

“Keluasan kawasan yang terbakar dianggarkan dua hektar. Untuk itu, seramai lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerah dalam kejadian ini dan operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 10.36 malam,” katanya. 

Menurutnya, bagi Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS), Tanjung Sepat, Banting, kebakaran membabitkan kawasan seluas 12 hektar.

“Terdapat anggaran 12 ‘spot’ kebakaran dan tiga ‘spot’ utama. Tindakan awal adalah melakukan ‘fire break’ dengan menggunakan empat jengkaut. Ketika ini kerja-kerja kawalan dan pemadaman sedang dijalankan,” katanya.

Bagi Jalan Mawar 4A, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pula, beliau berkata,  kebakaran membabitkan kawasan seluas 17 hektar yang berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 11.30 pagi ini.

“Seramai 19 anggota bersama jentera dari BBP Dengkil dibantu Cyberjaya dan KLIA terlibat dalam operasi pemadaman ini.

“Di Jalan As Salam, Taman Saffron, Bukit Sentosa pula, sebanyak tiga hektar kawasan hutan berjaya dipadamkan dengan kekuatan 14 anggota bersama jentera dari BBP Bukit Sentosa dengan dibantu BBP Rawang,” katanya.- UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search