PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid

Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid

KUALA NERUS: Beberapa operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Perak mulai esok hingga Ahad (15 Feb) ini.
 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi pembenihan awan itu dibuat berikutan paras air beberapa empangan di negeri tersebut semakin menyusut disebabkan cuaca panas yang berterusan.
 
"Sekarang ini kita sedang mengalami musim Monsun Barat Daya. Meskipun (paras air di empangan) hanya di peringkat amaran tetapi kita tidak mahu tunggu sampai ke peringkat kritikal baru hendak berusaha," katanya kepada pemberita selepas Sesi Penggulungan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Syarikat Milikan Agensi Tahun 2026, di sini, hari ini.
 
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata lokasi yang terlibat dengan operasi pembenihan awan tersebut ialah Empangan Upper Layang, Empangan Pulai 1 dan Empangan Machap di Johor, masing-masing akan dilakukan pada esok, Khamis dan Ahad.
Pada Jumaat dan Sabtu pula, katanya, lokasi yang terlibat ialah Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning di Kedah serta Empangan Bukit Merah di Perak.
-- BERNAMA
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search