PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kemarau: JPS cadang pembenihan awan segera di Bukit Merah, Tasik Temengor

Kemarau: JPS cadang pembenihan awan segera di Bukit Merah, Tasik Temengor

IPOH: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak mendapati ada keperluan segera untuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di dua kawasan tadahan air - Empangan Bukit Merah dan Tasik Temengor bagi mengurangkan kesan kemarau ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata OPA adalah langkah mitigasi strategik bagi meningkatkan peluang hujan dan mengelak pemberhentian bekalan air pengairan dan domestik sekiranya kemarau berterusan.

Tasik Temengor berada paras rendah

Beliau berkata, pemantauan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati paras air Tasik Temengor kini pada tahap rendah berikutan kadar kemasukan air semula jadi yang terhad dari kawasan tadahan.

Keadaan itu memberi kesan rantaian kepada empangan di hilir iaitu Tasik Bersia, Tasik Kenering dan Tasik Chenderoh yang kini turut berada hampir pada paras operasi minimum.

 

"Kita melihat kekangan pelepasan ini bukan sekadar isu operasi empangan, sebaliknya berkemungkinan berpotensi memberi implikasi yang lebih meluas kepada negeri Perak.

Sementara itu, paras semasa Tasik Bukit Merah adalah 6.416 meter dengan baki simpanan air sekitar 10.837 juta meter padu, bersamaan 19.89 peratus, iaitu pada Aras Kritikal Pengairan Tahap 2.

Susulan itu operasi bekalan air bagi tujuan pengairan sawah di Rancangan Pengairan Kerian sudah dilaksanakan secara catuan.

Paras Empangan Bukit Merah mula merosot sejak 25 Disember 2025, iaitu pada Aras Berjaga-jaga Pengairan dan seterusnya mencecah paras kritikal pada 12 Januari lalu.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search