PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tanah runtuh, beberapa individu dilaporkan hilang di tapak perkhemahan di Pulau Utara, New Zealand

Tanah runtuh, beberapa individu dilaporkan hilang di tapak perkhemahan di Pulau Utara, New Zealand

WELLINGTON: Beberapa individu dilaporkan hilang susulan kejadian tanah runtuh berhampiran sebuah tapak perkhemahan di Pulau Utara New Zealand hari ini.

Kejadian itu berlaku susulan hujan lebat yang menyebabkan pelbagai kemusnahan dengan ribuan penduduk dipindahkan, terputus bekalan elektrik dan jalan raya ditutup.

Perkhidmatan kecemasan sedang memberi respons terhadap kejadian tanah runtuh berhampiran sebuah tapak perkhemahan di Mount Maunganui, destinasi pelancongan popular di wilayah Bay of Plenty, di sepanjang pantai utara New Zealand.

Pihak polis dalam satu kenyataan berkata, kerja menyelamat di kawasan tapak perkhemahan itu sudah digerakkan dan perkhidmatan kecemasan sedang berusaha mengesan individu yang masih berada di kawasan berkenaan.

Media tempatan turut melaporkan, helikopter dikerah bagi menyokong usaha mencari dan menyelamat yang sedang berjalan.

 

Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon menerusi platform X memaklumkan sedang 'memantau secara aktif situasi di seluruh negara termasuk insiden besar di Gunung Maunganui'.

Katanya, cuaca ekstrem terus menyebabkan keadaan berbahaya di seluruh Pulau Utara.

Menteri Pengurusan dan Pemulihan Kecemasan, Mark Mitchell memberitahu Radio NZ, hujan lebat melanda hampir keseluruhan pesisir timur Pulau Utara.

"Berita baiknya, semua pihak bertindak balas dengan sangat pantas. Ada masa untuk membuat persiapan dan ini membantu mengurangkan risiko serta mewujudkan respons yang kukuh," katanya.

Pihak Berkuasa Pengangkutan New Zealand melaporkan beberapa jalan utama ditutup di Northland, Bay of Plenty dan Waikato.

Pihak berkuasa tempatan berkata, beberapa komuniti kecil masih terputus hubungan akibat kerosakan jalan raya.

Dalam perkembangan berkaitan, agensi ramalan cuaca New Zealand, MetService menarik balik semua amaran cuaca di Pulau Utara susulan sistem tekanan rendah tropika bergerak ke timur.

Beberapa amaran masih berkuat kuasa di Pulau Selatan, namun dijangka beransur reda hari ini.

Sementara itu, hujan lebat berterusan di bahagian utara Pulau Utara New Zealand menyebabkan kerosakan infrastruktur yang memaksa penduduk dipindahkan, ribuan terputus bekalan elektrik, jalan raya ditutup serta dua individu dilaporkan hilang selepas tanah runtuh menyebabkan kerosakan sebuah kediaman.

Menteri Pengurusan Kecemasan dan Pemulihan, Mark Mitchell, berkata pasukan kecemasan sedang mencari dua individu selepas kejadian tanah runtuh merempuh kediaman mereka, manakala tujuh orang terpaksa diselamatkan dari atas bumbung rumah selepas air deras melimpah masuk.

Seorang lagi lelaki masih hilang selepas dihanyutkan bersama kenderaannya semalam.

Pihak Berkuasa Pengangkutan New Zealand memaklumkan beberapa jalan utama ditutup di Northland, Bay of Plenty dan Waikato.

Jabatan Meteorologi New Zealand, MetService pula mengumumkan semua amaran cuaca di Pulau Utara sudah ditarik balik apabila sistem ribut tropika bergerak ke arah timur.

Beberapa amaran masih berkuat kuasa di Pulau Selatan, namun dijangka reda hari ini.

 

 

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search