PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Dunia alami muflis air

Dunia alami muflis air

PARIS – Dunia memasuki era ‘kebankrapan air global’ dengan sungai, tasik, dan punca air  lain menyusut lebih cepat daripada kemampuan alam semula jadi mengisinya semula, kata sebuah institut penyelidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) semalam.

Institut Universiti PBB untuk Air, Alam Sekitar dan Kesihatan (UNU-INWEH) berkata, penggunaan air berlebihan, pencemaran, kemusnahan alam sekitar  dan perubahan iklim mengakibatkan banyak sistem air melepasi batas pemulihan dan memerlukan klasifikasi baharu.

“Tekanan air dan krisis air tidak lagi mencukupi untuk menggambarkan realiti air  dunia,” demikian menurut laporan UNU-INWEH.

Laporan itu mencadangkan istilah alternatif  ‘kebankrapan air’ iaitu keadaan di mana penggunaan air jangka panjang melebihi bekalan semula jadi dan tidak dapat dipulihkan secara realistik.

Situasi tersebut dilihat menerusi pengecutan tasik-tasik besar dunia, kata laporan sama, manakal semakin banyak sungai utama gagal mengalir ke laut pada sesuatu masa dalam setahun. 

Dunia juga hilang sebahagian besar tanah lembap, dengan kira-kira 410 juta hektar atau menyamai saiz Kesatuan Eropah hilang sepanjang lima dekad yang lalu.

Penyusutan air bawah tanah adalah satu lagi tanda kebankrapan tersebut. – AFP 

 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search