PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tiga terperangkap di lombong tua Jawa Barat, operasi SAR dilancarkan

Tiga terperangkap di lombong tua Jawa Barat, operasi SAR dilancarkan

JAKARTA, 20 Jan: Seramai tiga orang pelombong tempatan dilaporkan terperangkap di sebuah lombong lama yang tidak lagi beroperasi di kawasan syarikat perlombongan milik negara, PT Antam, di Bogor, Jawa Barat, susulan kemunculan asap dari dalam kawasan galian lombong berkenaan pada Ahad lalu.

Susulan laporan daripada orang awam, pasukan penyelamat Pejabat SAR Jakarta bersama Basarnas Special Group (BSG) telah menjalankan tindakan susulan dengan melaksanakan penilaian awal di lokasi kejadian.

Ketua Pejabat SAR Jakarta, Desiana Kartika Bahari, memaklumkan bahawa kesemua mangsa dipercayai berada di kawasan lombong yang telah ditutup dan dikenal pasti sebagai zon berisiko tinggi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati para pelombong berada di dalam lombong yang tidak lagi selamat dan berbahaya sehingga operasi dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan anggota penyelamat,” katanya.

Beliau berkata, struktur dalaman lombong didapati tidak stabil dengan beberapa bahagian mengalami pelapukan, selain kualiti udara yang tidak selamat untuk pernafasan yang memerlukan penggunaan peralatan khas seperti Self Contained Breathing Apparatus (SCBA).

Menurut beliau lagi, laluan lombong yang sempit dengan diameter kira-kira satu meter turut menyukarkan usaha pencarian serta meningkatkan risiko keselamatan pasukan penyelamat.

Sehingga kini, operasi pencarian diteruskan dengan membahagikan pasukan SAR kepada dua kumpulan, iaitu pasukan pencarian di dalam lombong dan pasukan sokongan yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja evakuasi dan perubatan. -TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search