PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kebocoran paip IWK punca tanah runtuh di Taman Bukit Teratai

Kebocoran paip IWK punca tanah runtuh di Taman Bukit Teratai

Ampang Jaya: Kebocoran paip milik Indah Water Konsortium (IWK) dikenal pasti menjadi punca kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Teratai di Jalan Teratai 2/7G, di sini, awal pagi, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur berkata, beliau melakukan pemantauan di lokasi kejadian sejurus dimaklumkan mengenai insiden berkenaan, pagi semalam.

"Berdasarkan pemeriksaan awal dilakukan mendapati terdapat paip pembentungan milik IWK di bahagian atas cerun berkenaan yang pecah.

"Difahamkan sambungan paip pembentungan terbabit pecah menyebabkan aliran air banyak sekali gus mengakibatkan berlakunya tanah runtuh di cerun bukit ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau yang juga berkata, tindakan pantas diambil pihak IWK untuk menyelesaikan isu berkenaan termasuk menyalurkan sisa sementara ke longkang bagi mengelakkan air yang banyak mengalir ke cerun berkenaan.

"Pada masa sama, kerja-kerja pembaikan lain juga turut dijalankan termasuk memasang kanvas dan membersihkan sisa tanah di kawasan longkang di bawah cerun terbabit.

"Saya juga minta pihak terbabit (IWK) supaya menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan segera supaya ia dapat disiapkan sebelum kawasan terbabit dilanda hujan," katanya.

Menurutnya, beliau akan terus memantau perkembangan kerja-kerja pembaikan cerun berkenaan bagi memastikan ia tidak lagi berisiko kepada penduduk.

"Penduduk meluahkan rasa kebimbangan mereka terhadap inisiden ini. Justeru, saya akan pantau perkembangan kes ini setiap hari bagi memastikan insiden sama tidak berulang lagi," katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search