PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir di Bekenu: usaha kurangkan risiko, punca disiasat

Banjir di Bekenu: usaha kurangkan risiko, punca disiasat

BEKENU, 15 Jan: Beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri Bekenu masih dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Menurut ADUN Bekenu Datuk Rosey Yunus, antara kawasan yang masih terjejas termasuk Kampung Bulau, Mutap dan Sinop, dengan paras air di sesetengah lokasi mencecah hampir dua kaki.

Katanya banjir masih belum surut di beberapa kawasan, namun langkah pencegahan sudah diambil bagi meminimumkan risiko.

Ketua kaum dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung juga diarahkan untuk sentiasa memaklumkan penduduk di bawah jagaan masing-masing.

“Jadi harus terus bersedia terutama mengingatkan sentiasa tentang dokumen-dokumen, pastikan ianya sedia untuk diangkat, sedia untuk berpindah. Dan kita juga meminta kerjasama setiap ketua kaum kita untuk di peringkat masing-masing dah kita alertkan rakyat di bawah jagaan kita. Itu yang kita pesan kepada JKK kita,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kawasan DUN N71 Bekenu di sini, hari ini.

Menurut beliau, tumpuan juga diberikan kepada keadaan muara Sungai Sibuti dan aliran parit di kawasan perumahan, bagi memastikan sistem saliran lebih lancar.

Jika terdapat masalah seperti pembetung (culvert) kecil atau tersumbat, langkah rektifikasi dan pembesaran perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko banjir berulang.

“Tapi kita juga telah berbincang dengan agensi terutama DID untuk melihat dari segi perparitan contohnya. Kalau itu mungkin di antara satu penyumbang, maka perlu buat kerja rektifikasi. Sebab itu kita ada mohon juga dengan pihak DID untuk membantu melihat kawasan-kawasan yang tak sepatutnya banjir tetapi banjir pada masa begini.

“Jadi mungkin ada masalah perparitan, sungainya di mana, paritnya ke mana dan ini juga memerlukan kebijaksanaan tempatan. Sebagai agensi, harus terus berbincang dengan orang tempatan kerana mereka tahu ke mana aliran sungai itu,” ujarnya. – TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search