PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir: 14,040 mangsa di lapan negeri, Perak paling terjejas

Banjir: 14,040 mangsa di lapan negeri, Perak paling terjejas

KUALA LUMPUR: Seramai 14,040 mangsa banjir daripada 4,518 keluarga dilaporkan masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri, setakat jam 7 pagi ini.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 171 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri-negeri berkenaan.

Menerusi rekod itu, JKM menyatakan Perak mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 4,626 mangsa membabitkan 1,412 keluarga dan 30 PPS dibuka.

Ia diikuti Perlis dengan mangsa (3,050), keluarga (1,148) dan PPS (22) manakala di Selangor, mangsa (2,711), keluarga (753) dan PPS (30).

Terengganu mangsa (1,774), keluarga (555) dan PPS (50). Kelantan mangsa (898), keluarga (307) dan PPS (5). Pahang mangsa (601), keluarga (208) dan PPS (18).

Kedah mangsa (303), keluarga (90) dan PPS (14). Negeri Sembilan mangsa (77), keluarga (45) dan PPS (2).

Menurut JKM, seramai 2,101 mangsa banjir adalah warga emas dan 4,745 pula ialah kanak-kanak termasuk 375 bayi. Mangsa Orang Kurang Upaya (OKU) yang terbabit pula seramai 499 orang.

Keadaan cuaca yang bertambah baik di kebanyakan negeri semalam membuatkan banjir semakin surut dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di lapan negeri turun ketara berbanding berbanding 18,731 orang petang semalam.

Sementara itu, rekod daripada Public Infobanjir pula menunjukkan beberapa sungai dan empangan tidak menunjukkan trend perubahan dengan ada antaranya dikesan berada pada trend menaik, dan paras air masih melepasi tahap bahaya, setakat jam 7 pagi ini.

Ia membabitkan Empangan Timah Tasoh (Perlis), Sungai Slim di Slim River dan Sungai Bidor di Changkat Jong (Perak), Pintu Air Ijok (Selangor), Cheng U/S dan Sungai Siput di Kampung Sungai Siput (Melaka), Sungai Paka di Kampung Luit (Terengganu), Sungai Golok di Rantau Panjang (Kelantan).

Aras air di enam negeri iaitu Perlis, Perak, Selangor, Melaka, Pahang dan Terengganu pula berada di tahap bahaya manakala Johor, Kelantan serta Sarawak di paras amaran.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search