PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

MTL: Mangsa banjir terima bantuan RM1,000 sebaik pulang

MTL: Mangsa banjir terima bantuan RM1,000 sebaik pulang

KOTA BHARU — Mangsa banjir yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) akan menerima bantuan wang ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 sebaik sahaja pulang ke rumah.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Meor Ismail Meor Akim berkata, pembayaran akan disalurkan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memudahkan penerima menerima BWI berkenaan.

“Hasrat kami jelas, apabila mereka keluar dari PPS, bantuan sudah masuk.
 

“Ini bertujuan membantu mereka membeli barangan keperluan asas hingga keadaan pulih sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting di sini pada Selasa.

Menurut beliau, perkara penting ialah semua mangsa mesti berdaftar di PPS untuk melayakkan mereka menerima bantuan berkenaan.

Katanya, buat masa ini, belum ada penerima BWI kerana banjir masih dalam episod pertama Monson Timur Laut (MTL) dan belum ada pulang ke rumah dari PPS.

“Saya ingatkan penduduk di kawasan berisiko agar berpindah lebih awal bagi memudahkan usaha menyelamat dilakukan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan menambah kekuatan sumber manusia dan aset agensi keselamatan pada bila-bila masa sahaja sekiranya bencana banjir semakin teruk.

"Ketika ini, kita mempunyai seramai 103,500 kekuatan sumber manusia termasuk 20,600 daripada pasukan polis, 15,640 (bomba) dan 15,390 (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia).

"Malah, kita mempunyai 39,687 aset termasuk 34,092 jaket keselamatan, 25 buah helikopter dan 1,172 trak," katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search