PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tanah runtuh: Dua blok pangsapuri babit 104 unit rumah dikosongkan

Tanah runtuh: Dua blok pangsapuri babit 104 unit rumah dikosongkan

PETALING JAYA: Dua blok pangsapuri membabitkan 104 unit rumah di Taman United, Seputeh dekat sini diarahkan dikosongkan susulan berlaku pergerakan tanah akibat tanah runtuh di kawasan cerun di kawasan tersebut, semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.02 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh bersama dua jentera dengan kekuatan 11 anggota ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

Ketua BBP Seputeh, Armdan Mahat berkata, kejadian membabitkan runtuhan tanah cerun yang dianggarkan sepanjang 60 meter dan menimpa dua kereta serta beberapa motosikal.

“Sebuah kereta didapati tertimbus, manakala sebuah lagi tumbang. Runtuhan tanah berkenaan juga memasuki kawasan pangsapuri kos rendah berhampiran.

“Susulan itu, dua blok pangsapuri membabitkan 104 unit rumah serta premis berhampiran diarahkan untuk dikosongkan berikutan masih terdapat pergerakan tanah dan keadaan cuaca yang sedang hujan lebat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan hasil perbincangan bersama wakil Parlimen Seputeh dan jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di lokasi.

“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu dan pasukan bomba masih berada di lokasi bagi memantau sebarang pergerakan tanah,” katanya.

Seorang penduduk, Lim Yuet Ming, 74, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tanah runtuh apabila dihubungi rakannya dan memaklumkan gegaran tersebut disebabkan insiden terbabit. – UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search