PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir: Hampir 100 mangsa dipindahkan di P. Pinang

Banjir: Hampir 100 mangsa dipindahkan di P. Pinang

TASEK GELUGOR, 23 Nov: Hampir 100 penduduk di negeri ini dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan kejadian banjir yang mula melanda hari ini.

Berdasarkan laporan portal Info Bencana Jabatan Kebajikqn Masyarakat (JKM) PPS berkenaan dibuka di daerah Seberang Perai Utara membabitkan seramai 99 mangsa yang dipindahkan setakat pukul 6 petang.

Ia membabitkan 75 orang dewasa dan 24 kanak-kanak daripada 23 keluarga yang ditempatkan di PPS Desa Puri dan PPS Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya turut membantu memindahkan empat mangsa di Kampung Simpang Tiga di sini.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.59 petang berhubung kejadian taman perumahan dinaiki air.

“Tiga warga emas termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada keluarga terdekat dalam keadaan selamat,” katanya kepada pemberita hari ini. – TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search