PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Mangsa banjir di Perak cecah 15 orang, dijangka akan meningkat

Mangsa banjir di Perak cecah 15 orang, dijangka akan meningkat

IPOH – Hujan berterusan sejak pagi tadi menyebabkan 15 orang mangsa dari daerah Batang Padang terjejas ekoran bencana banjir dengan mereka telah ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Jawatankuasa Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua 15 mangsa yang direkodkan setakat pukul 9 malam berkenaan melibatkan lima buah keluarga dari daerah tersebut.

Katanya, dua lagi PPS telah dibuka di daerah Perak Tengah namun bilangan mangsa masih belum direkodkan.

“Bilangan mangsa yang berlindung di kesemua PPS akan dikemas kini memandangkan pemindahan serta pendaftaran mangsa masih lagi berjalan.

“Tiga PPS yang dibuka ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Tiga dan PPS SK Layang-Layang Kiri di Parit serta PPS Dewan Serbaguna Kg. Klah Baru di Sungkai,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search