PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Malaysia sumbang RM470,000 tabung bencana ASEAN

Malaysia sumbang RM470,000 tabung bencana ASEAN

PETALING JAYA: Malaysia mengumumkan sumbangan one-off sebanyak AS$100,000 ( RM470,000) kepada Tabung Pengurusan Bencana dan Bantuan Kecemasan ASEAN (AADMER Fund) dalam usaha memperkukuhkan komitmen terhadap kerjasama serantau melibatkan pengurusan bencana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sumbangan itu mencerminkan semangat solidariti Malaysia bersama negara ASEAN serta tanggungjawab bersama dalam memastikan mekanisme seperti Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ASEAN (AHA Centre) terus diperkasa.

Selain itu katanya, langkah ini juga dapat mencerminkan komitmen Malaysia secara berterusan terhadap agenda ketahanan kolektif ASEAN.

“Malaysia yakin semangat kerjasama ini akan menggalakkan negara anggota dan rakan- rakan serantau untuk terus memperkukuh Tabung AADMER sebagai tonggak kesiapsiagaan dan tindak balas bencana ASEAN.

“Kita yakin semangat kerjasama ini akan menggalakkan negara-negara anggota serta rakan serantau untuk terus memperkukuh Tabung AADMER sebagai tonggak utama kesiapsiagaan dan tindak balas bencana di rantau ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Zahid lagi, tindakan pantas penyelarasan dalam kalangan negara ASEAN untuk menangani bencana gempa bumi di Myanmar awal tahun ini membuktikan semangat perpaduan dan kerjasama di bawah kerangka AADMER.

Menurutnya, AADMER berjaya mencerminkan komitmen bersama ASEAN bahawa tiada negara anggota akan berhadapan dengan bencana secara bersendirian.

ASEAN telah berkembang daripada sekadar menyelaras tindak balas kepada menjadi rakan global yang diyakini dalam pengurusan bencana, melalui mekanisme seperti Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ASEAN (AHA Centre), DELSA, dan Rangkaian ASEAN-ERAT.

“Malaysia berbangga kerana telah memainkan peranan aktif dalam perjalanan bersama ini. Malah, Malaysia menjadi tuan rumah kepada gudang serantau DELSA di Subang, menyokong latihan dan penugasan ASEAN-ERAT, serta terus memperjuangkan penubuhan Pasukan Sedia Siaga Ketenteraan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dan Tindakan Bencana (AMRG on HADR),” katanya. – UTUSAN 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search