PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Ribut: 40 rumah, lima sekolah rosak

Ribut: 40 rumah, lima sekolah rosak

KUALA LANGAT: Bencana ribut dan puting beliung yang me­landa daerah ini kelmarin telah merosakkan 40 buah rumah, lima sekolah dan satu dewan orang ramai.

Lokasi terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya; Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya; SK Kampung Medan; (Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung.

Turut terjejas, Dewan Wawasan Batu 9 Kampung Me­dan; Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Sijangkang, kawasan perumahan Batu 9 Kampung Medan dan kawasan industri Taman Sijangkang Jaya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, bencana alam itu berlaku di sekitar Telok Panglima Garang di sini, pada pukul 4.15 petang.

“Angin kencang dan puting beliung tidak mengakibatkan kemalangan jiwa namun berlaku kerosakan harta benda di kawasan terlibat.

“Kerja pembersihan dan pemotongan pokok dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pi­hak sejak pukul 4.30 petang semalam (kelmarin),” katanya kepada semalam.

Katanya, seramai 11 murid SRA Kampung Medan pula ce­dera ringan.

“Namun, hanya lima daripa­da mereka telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) Telok Panglima Garang manakala bakinya dibawa pulang keluarga masing-masing.

“Selain itu, seorang lelaki cedera di mata dan seorang wanita pula patah kaki akibat dihempap besi ketika bencana berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kira-kira RM1.9 juta diperuntukkan pihak kementerian itu untuk kerja-kerja pembersihan kerosakan enam bangunan awam di Telok Panglima Garang di sini, kelmarin.

“Ribut kuat menyebabkan kerosakan struktur kritikal di enam premis utama termasuk sekolah dan pejabat kerajaan. Jabatan Kerja Raya (JKR) telah bertindak melakukan pemeriksaan tapak dan penutupan kawasan berisiko,” katanya di Se­remban.-UTUSAN.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search