PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tengkujuh jejas rezeki nelayan pesisir Batang Lassa

Tengkujuh jejas rezeki nelayan pesisir Batang Lassa

MUKAH, 16 Okt:  Musim tengkujuh yang melanda antara bulan Oktober hingga Februari memberi tekanan kepada nelayan pesisir pantai di Batang Lassa, yang bergantung sepenuhnya kepada hasil laut untuk menyara keluarga.

Keadaan laut yang bergelora dan cuaca tidak menentu menyebabkan ramai nelayan tidak dapat turun ke laut, sekali gus menjejaskan pendapatan harian mereka.

Salah seorang nelayan, Raimi Razali, 42, berkata pendapatan mereka lazimnya merosot setiap kali musim tengkujuh melanda disebabkan keadaan laut yang bergelora dan hujan berterusan.

“Jika cuaca buruk berpanjangan, kami terpaksa mencari jalan lain untuk menampung keperluan harian,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Menurutnya, lebih 50 nelayan aktif di kawasan Batang Lassa dan Muara Lassa kini terpaksa mencari alternatif seperti bertani, membaiki jaring atau mengambil upah kerja darat demi kelangsungan hidup.

Namun, cabaran kini semakin besar apabila cuaca sering berubah, pagi cerah tetapi menjelang petang hujan lebat dan angin kencang melanda.

“Justeru kerana itu tidak kurang antara kami terpaksa melakukan kerja sambilan seperti membaiki jaring, bertani atau membantu kerja-kerja lain di darat,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Matu/Daro serta Perwakilan ke PANESA dan NEKMAT berkata, pihaknya sentiasa menasihatkan para nelayan supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi setiap amaran cuaca yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search