Thailand rekod lebih 50,000 kes Covid-19 minggu lepas
- Admin UKK
- Berita
BANGKOK –Thailand merekodkan 53,563 kes Covid-19 minggu lepas dengan lima kematian.
Menurut Jabatan Kawalan Penyakit, daripada jumlah itu, Bangkok mencatatkan kes jangkitan tertinggi.
Katanya, keseluruhan 53,563 kes berkenaan direkodkan dari 18 Mei hingga 24 Mei yang mana melibatkan 2,827 pesakit dimasukkan ke hospital manakala 50,736 lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Tambahnya, pesakit berusia 30-39 merupakan kumpulan teramai dengan 10,740 orang telah dijangkiti virus berkenaan.
Katanya, sebanyak 9,539 kes dilaporkan di Bangkok, diikuti Chon Buri (3,379), Samut Prakan (2,491). Nonthaburi (2,278) dan Rayong (2,210).
Di Samut, peningkatan kes Covid-19 menyebabkan Sekolah Ratwinit Bangkaeo di daerah Bang Phli terpaksa mengadakan pembelajaran atas talian dari Isnin hingga Rabu.
Langkah itu diumumkan pihak pengurusan sekolah dengan mengatakan ia bagi memastikan keselamatan pelajar. -AGENSI