PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

6 maut, 14 hilang tanah runtuh di lombong emas Papua, Indonesia

6 maut, 14 hilang tanah runtuh di lombong emas Papua, Indonesia

JAKARTA: Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan 14 mangsa yang hilang dalam kejadian tanah runtuh di Papua, Indonesia terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat hari ini yang turut mengorbankan enam pekerja lombong emas dalam kejadian itu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Abdul Muhari, berkata hujan lebat pada Jumaat lalu mencetuskan kejadian tanah runtuh di sebuah lombong kecil yang diusahakan penduduk di kawasan Pergunungan Arfak, wilayah Papua Barat, Indonesia.

 

Pihak berkuasa dijangka akan menyambung semula operasi mencari mangsa pada esok, selepas bencana itu menghapuskan tempat perlindungan sementara yang digunakan oleh pelombong berkenaan.

Ketua Pasukan Penyelamat, Yefri Sabaruddin, berkata seramai 40 anggota keselamatan termasuk polis dan tentera terbabit dalam operasi berkenaan yang turut berdepan cuaca buruk, laluan rosak dan keadaan pergunungan yang mencabar.

"Perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa 12 jam dari pekan terdekat. "Difahamkan, angka korban setakat ini mencatatkan satu kematian dan 19 orang masih hilang," katanya.

Aktiviti perlombongan haram berskala kecil sering menyebabkan kemalangan di Indonesia susulan banyak sumber mineral terletak di kawasan pedalaman yang sukar untuk dikawal pihak berkuasa.

Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas haram di wilayah Sumatera Barat pada September tahun lalu.

Satu lagi kejadian tanah runtuh di lombong emas di Pulau Sulawesi mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang pada Julai tahun lalu.

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search