Hujan lebat di seluruh Lembah Klang, Pantai Timur
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di 13 negeri selain di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga pukul 4 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk diramalkan melanda keseluruhan kawasan di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan tiga Wilayah Persekutuan tersebut.
“Di Pantai Timur pula, hujan lebat dijangka Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala Terengganu di Besut, Hulu Terengganu dan Dungun.
Selain itu, hujan lebat di Selangor dijangka tertumpu di Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala Johor dijangka membadai kawasan Segamat dan Mersing.
“Keadaan yang sama turut dijangka melanda Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).
Mengulas lanjut, MetMalaysia memaklumkan di Sabah kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).