PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri sehingga 5 petang ini

Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri sehingga 5 petang ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri sehingga 5 petang ini.

Menerusi ramalan cuaca yang dikeluarkan pada jam 2.40 petang tadi, MetMalaysia memaklumkan negeri terbabit ialah seluruh Perlis dan Perak manakala di Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena,Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

Selain itu, di Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), di Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong).

Amaran sama turut dikeluarkan di seluruh Wilayah Persekutuan dan di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau).

Sementara itu, di Sarawak membabitkan Sri Aman, Betong, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) manakala di Sabah pula ialah pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

Orang ramai boleh merujuk media sosial rasmi dan laman web www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search