PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Letupan paip gas: Mangsa ambil kira beberapa faktor pilih rumah sewa

Letupan paip gas: Mangsa ambil kira beberapa faktor pilih rumah sewa

SUBANG JAYA: Mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights memaklumkan mereka sedang mengambil kira beberapa faktor sebelum memilih lokasi rumah sewa baharu.

Mangsa yang ditemui meluahkan kebimbangan memikirkan nasib mereka dalam usaha mencari tempat berteduh.

Kata Rabiatul Akmal Ramlee, dia sudah mempertimbang beberapa lokasi yang memudahkan urusan hariannya.

“Kita kena pilih betul-betul untuk sewa di sesuatu kawasan itu. Banyak faktor yang saya pertimbangkan, macam mana laluan itu, keadaan trafik ketika hendak pergi dan pulang dari kerja, timing nak hantar anak ke sekolah. Itu semua kita perlu ambil kira,” katanya.

Namun, ada juga yang mendakwa terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menawarkan harga sewa lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Ada yang ambil kesempatan menaikkan harga sewa rumah di kawasan ini. Sebab mereka dah tahu memang orang tengah mencari, lagi-lagi waktu kecemasan seperti ini,” kata Mohd Daud Jali.

Sementara itu, Hamdan Mohamad turut memaklumkan bahawa wujud keluhan beberapa mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berhubung isu berkenaan.

“Memang saya ada terdengar dari mereka di PPS, memang yang dicari-cari harganya lebih tinggi dari sebelum ini. Jika dulu di kawasan kampung ini sewa dalam RM800, sekarang boleh cecah RM1,000,” kongsinya.

Terdahulu, kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM7.2 juta bagi menanggung sepenuhnya kos sewaan untuk 613 isi rumah yang terjejas.

Setiap keluarga akan menerima bantuan sewaan sebanyak RM2,000 sebulan untuk tempoh enam bulan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search