PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sekolah di Pakistan tambah cuti musim panas akibat gelombang haba melampau

Sekolah di Pakistan tambah cuti musim panas akibat gelombang haba melampau

ISLAMABAD: Sekolah-sekolah di Pakistan dijangka menambah cuti musim panas tahun ini susulan amaran bahawa negara yang terdedah kepada perubahan iklim itu berisiko berdepan gelombang haba melampau dan berpanjangan, lapor agensi berita Jerman dpa.
 
Agensi bencana di wilayah tengah Punjab menasihatkan kerajaan supaya menutup sekolah lebih awal daripada bulan Jun, iaitu tempoh biasa murid-murid mula bercuti musim panas. Kerajaan dijangka akan menerima pakai cadangan agensi itu.
 
Banyak bangunan sekolah tidak dilengkapi penyaman udara, manakala perjalanan pelajar ke sekolah dalam cuaca panas terik turut berisiko terhadap kesihatan mereka.
 
"Tindakan ini bertujuan melindungi kanak-kanak daripada strok haba dan kemungkinan penularan cirit-birit," kata Ketua Agensi Bencana, Irfan Ali pada Khamis.
Suhu pada waktu siang di beberapa kawasan di wilayah yang berpopulasi hampir 130 juta itu mencecah sekitar 50 darjah Celsius sepanjang musim panas.
 
"Gelombang haba kali ini dijangka lebih teruk dan lebih lama berbanding sebelumnya," menurut Jabatan Meteorologi selepas suhu di beberapa bandar meningkat sehingga 47 darjah Celsius, satu tahap yang luar biasa tinggi bagi April.
 
Hampir 100 hari persekolahan terpaksa dibatalkan akibat bencana cuaca melampau pada tahun akademik lepas, menggambarkan kesan serius perubahan iklim terhadap sektor pendidikan.
 
Pakistan sudah pun ketinggalan dalam bidang pendidikan dengan berjuta-juta kanak-kanak berumur antara 5 hingga 16 tahun tidak bersekolah.
 
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pakistan antara 10 negara paling terdedah kepada impak krisis iklim dunia meskipun tahap pelepasan karbon negara itu adalah kecil.
 
--BERNAMA-dpa
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search