PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Cuaca panas cetus risiko kebakaran di Luak Miri

Cuaca panas cetus risiko kebakaran di Luak Miri

MIRI, 15 Apr: Cuaca panas dan kering berterusan meningkatkan risiko kebakaran belukar dan hutan di sekitar Kampung Luak, sekali gus mendorong pemantauan rapi oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Miri.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri, Mejar (PA) Bonnie Madisun berkata pasukan APM telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan di kawasan berisiko.

“Pasukan bergerak ke lokasi pada jam 7.40 malam bagi melakukan pemantauan susulan keadaan cuaca panas dan kering yang berterusan.

“Hasil pemantauan mendapati kawasan tersebut masih berapi dan diselubungi asap tebal,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Beliau memaklumkan kerja pemadaman sedang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri dengan bantuan anggota APM yang membentangkan hos di lokasi kejadian.

Menurutnya, keadaan cuaca semasa ketika Monsun Barat Daya menjadi antara faktor utama peningkatan risiko kebakaran di kawasan belukar dan hutan.

Sehubungan itu, APM menasihatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan kejadian sama berulang serta memastikan keselamatan persekitaran.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka terutama dalam keadaan cuaca panas dan kering,” jelasnya.

Terdahulu, kawasan Pulau Melayu turut dilaporkan mengalami kebakaran belukar pada hari yang sama. – TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search