PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

‘Kelam-kabut atap terbang’

‘Kelam-kabut atap terbang’

“Saya terkejut tiba-tiba atap diterbangkan angin dan siling pecah. Banyak barang tak sempat diselamatkan termasuk barang persekolahan” kata mangsa bencana ribut, Nur Zulaikha Mohd Khairul Syazuan, 16.

Zulaikha yang ketika itu mengemas barang untuk persediaan sekolah yang bermula semalam meluahkan perasaan traumatik yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.

“Kejadian ini tidak pernah lagi berlaku sebelum ini, jadi saya terkejut. Sewaktu syiling pecah, saya terus tutup suis bekalan elektrik.

“Saya terus ambil adik yang lain dan tutup mereka dengan selimut sehingga jiran panggil pergi ke rumahnya untuk berteduh sementara waktu,” kata anak sulung daripada enam beradik itu ketika ditemui di sini, semalam.

Adiknya, Nur Zubaidah Mohd Khairul Syazuan, 13, turut merasai pengalaman traumatik yang dialaminya susulan kejadian itu.

“Sebelum kejadian itu, saya sedang menggosok pakaian sekolah untuk esok (hari ini), tiba-tiba air masuk ke dalam rumah dan banyak barang yang basah.

“Keadaan ketika itu sangat kelam-kabut. Kakak saya menyuruh saya menadah air menggunakan baldi dan menyelamatkan barangan penting yang mana sempat ” katanya yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang.

Sementara itu, ibu kepada tiga anak, Noraimi Ab Shatar, 38, berkata aktiviti dijalankan di pusat pemindahan sementara (PPS) dapat mengisi masa lapang anaknya yang masih trauma dengan kejadian kelmarin.

“Anak saya yang paling kecil ini yang rasa trauma dan takut dengan kejadian semalam. Kalau nak pergi mana-mana pun sekarang kena berteman.

“Jadi dengan adanya aktiviti mewarna dan melukis ini dapat membantu mereka untuk lupa seketika perkara yang berlaku,” katanya.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, 25 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan Sebelum kejadian itu, saya sedang menggosok pakaian sekolah untuk, tiba-tiba air masuk ke dalam rumah dan banyak barang yang basah”

Nur Zubaidah di PPS di Dewan Resak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa kawasan di Parlimen Sungai Buloh, khususnya Kampung Melayu Subang dan Subang Perdana, dilanda ribut sehingga mengakibatkan kerosakan kepada rumah penduduk, harta benda dan kemudahan awam.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search