PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Ahli Parlimen Sungai Buloh pastikan bantuan mangsa ribut tidak lewat

Ahli Parlimen Sungai Buloh pastikan bantuan mangsa ribut tidak lewat

KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh digerakkan bagi menyalurkan bantuan awal kepada mangsa ribut di Kampung Melayu Subang dan Subang Perdana, dekat sini.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan pemimpin tempatan serta agensi kerajaan bagi memastikan setiap bantuan sama ada logistik, makanan, tempat perlindungan atau keperluan harian dapat disampaikan tanpa kelewatan.

"Bencana ini menyebabkan kerosakan kepada beberapa rumah penduduk, harta dan kemudahan awam.

"Setakat maklumat terkini yang diterima, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Namun, saya sedar bahawa kejadian ini pastinya membawa kesulitan dan kerisauan kepada keluarga yang terjejas terutama mereka yang sedang menyambut Aidilfitri.

"Saya amat memahami perasaan mangsa dan warga penduduk yang terjejas – saya bersama anda dalam saat sukar ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, beliau turun ke lokasi terjejas untuk meninjau sendiri keadaan dan mendengar rintihan rakyat yang terkesan.

"Dalam apa jua bencana, kebersamaan dan solidariti adalah kekuatan utama kita.

"Saya menggesa semua pihak terus saling membantu dan mematuhi nasihat keselamatan daripada pihak berkuasa.

"Kita akan bangkit dan pulihkan keadaan ini bersama seperti yang selalu kita lakukan sebelum ini," katanya.

Sebarang keperluan, aduan atau bantuan segera boleh disalurkan terus ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh atas talian WhatsApp 014-963 7107.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search