PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Agong tiba di lokasi kebakaran paip gas menaiki Proton Satria

Agong tiba di lokasi kebakaran paip gas menaiki Proton Satria

SUBANG JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melawat lokasi kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini, hari ini.

Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) kira-kira pukul 9.40 pagi dengan menaiki kereta Proton Satria berwarna ungu yang disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Seri Paduka Baginda kemudian dijadual menyerahkan sumbangan kepada ketua isi rumah terlibat dan melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di PKTK mendapati pihak berkuasa serta agensi lain masih melakukan kawalan dan tindakan susulan di tempat kejadian.

Antara yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama agensi terlibat pagi ini bagi gerak kerja di lokasi.

Dalam kejadian Selasa lalu, kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter yang menjejaskan sebanyak 195 kediaman. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search