PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Angka penduduk terjejas banjir Johor, Sabah tidak berubah

Angka penduduk terjejas banjir Johor, Sabah tidak berubah

KUALA LUMPUR, 6 April- Seramai 254 orang daripada 88 keluarga terjejas banjir di Johor, setakat pada pukul 6.00 pagi tadi.

Jumlah berkenaan tidak berubah berbanding pada pukul 12.00 tengah malam tadi.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ia melibatkan daerah Batu Pahat, dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah berkenaan.

Selain Johor, Sabah turut terjejas dengan banjir. Di Sabah, seramai 131 orang daripada 29 keluarga kekal berada di PPS, setakat ini.

"Ia membabitkan Kinabatangan. Hanya satu PPS dibuka di daerah berkenaan," menurut kenyataan tersebut.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search