PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Agong beri sumbangan peribadi

Agong beri sumbangan peribadi

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semalam berkenan menyampaikan sumbangan peribadi menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada mangsa kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya dekat sini.

Sebanyak 308 ketua isi rumah yang terjejas menerima sumbangan wang tunai RM1,000 bagi meringankan beban.

Sultan Ibrahim turut berkenan mencemar duli menyantuni dan bertanya khabar mangsa terlibat di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna, Masjid Putra Heights.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di PPS berkenaan pada 10.22 pagi, diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Setakat 8 pagi semalam, 382 mangsa daripada 98 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah lagi terjejas, tetapi boleh didiami selepas melalui proses pembaikan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search