Insiden Putra Heights: CBP tawar bantuan kepada pelanggan terjejas
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) mengambil inisiatif membantu pelanggan yang terjejas dalam insiden letupan gas di Putra Heights, Selangor baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar, berkata CBP menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat sewaktu masyarakat masih meraikan Aidilfitri.
Sehubungan dengan itu serta atas prinsip keprihatinan terhadap pelanggan, CBP katanya komited untuk memberi sokongan dan bantuan kepada pelanggan yang terjejas akibat insiden itu.
"Oleh itu, kepada pelanggan-pelanggan yang terjejas di dalam insiden tersebut dan memerlukan bantuan, mereka boleh menghubungi talian khidmat pelanggan CBP di 1-300-88-7650 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.