PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Singapura salur bantuan kemanusiaan AHA Centre ASEAN ke Myanmar

Singapura salur bantuan kemanusiaan AHA Centre ASEAN ke Myanmar

SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengerahkan dua pesawat pengangkut C-130 milik Tentera Udara Singapura (RSAF) untuk menghantar lebih sembilan tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Myanmar susulan gempa bumi baru-baru ini.
 
Kementerian Pertahanan Singapura (Mindef) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa bantuan itu disumbangkan oleh Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana (AHA Centre), manakala misi penghantaran diselaraskan oleh Pusat Penyelarasan Bantuan Bencana dan Sokongan Kemanusiaan Serantau Changi (Changi RHCC).
 
Menurut kenyataan itu, penghantaran bantuan berkenaan mencerminkan komitmen Singapura dalam menyokong usaha bantuan bencana di peringkat serantau.
 
Pengarah Changi RHCC Kolonel Fredie Tan berkata pihaknya bersama SAF kekal komited dalam menyokong operasi bantuan kemanusiaan dan bencana bagi memastikan bantuan yang diperlukan dapat disalurkan kepada rakyat Myanmar.
 
"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan organisasi antara kerajaan seperti AHA Centre bagi memastikan tindak balas yang diselaraskan dan berkesan," katanya dalam kenyataan itu.
 
Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda Myanmar pada Jumaat lalu telah menyebabkan kemusnahan besar dan jumlah korban kini melebihi 2,800 orang, menurut laporan.
 
-- BERNAMA
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search