PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Letupan paip gas: JBPM jangka kebakaran saluran gas berlarutan beberapa jam

Letupan paip gas: JBPM jangka kebakaran saluran gas berlarutan beberapa jam

SUBANG JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menjangkakan kebakaran paip gas di Putra Height, di sini akan berlarutan beberapa jam lagi, berdasarkan kandungan dan tekanan gas di dalam saluran terbabit.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Norhisham Mohamad berkata, pihaknya sudah menutup injap utama bagi menghentikan aliran gas di Gate 210, Gate 211 dan Gate 212.

“Proses pelepasan gas dilakukan secara terkawal dan dijangka mengambil masa sebelum keseluruhan gas terbakar sepenuhnya.

“Pasukan penyelamat melakukan pemeriksaan terhadap 49 premis yang terlibat untuk memastikan tiada mangsa yang tertinggal,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Menurutnya, penutupan injap berkenaan sudah dilaksanakan pada jam 8.46 pagi dan tekanan di dalam tiga paip terbabit sudah menurun.

Katanya, jarak injap dengan lokasi kejadian kira-kira 32 kilometer (km) iaitu 14 dan 18 km dari kedua-dua arah saluran gas terbabit.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search