PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

KPM segera kerja baik pulih sekolah rosak akibat banjir

KPM segera kerja baik pulih sekolah rosak akibat banjir

Kementerian Pendidikan (KPM) akan membaik pulih sekolah yang rosak akibat banjir dengan seberapa segera selepas mendapat maklumat lengkap

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata ketika ini pegawai kementerian pada peringkat mengumpulkan maklumat mengenai sekolah di Johor dan Sabah yang terkesan akibat banjir bagi menyelaras kerja baik pulih.

Beliau berkata, kementerian itu akan memastikan sekolah terjejas banjir mendapat bantuan untuk penyelenggaraan dengan cepat supaya suasana pembelajaran kekal kondusif.

Katanya, jumlah bantuan yang akan disalurkan bergantung kepada kerosakan yang berlaku kepada setiap sekolah terbabit.

Tunggu laporan dari Johor “Pada masa ini, kita masih lagi menunggu laporan keseluruhan khususnya dari Johor yang terkesan banjir, baru-baru ini.

“Selain itu, RM26.4 juta sudah diperuntukkan bagi membaik pulih sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang rosak akibat banjir pada Disember hingga Januari lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 320 murid sekolah rendah sekitar Putrajaya di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Biro Pendidikan Harapan Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya; Pengarah Urusan AEONBIG Malaysia, Tan Sri Lim Keng Cheng dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Karim.

Media Jumaat lalu melaporkan, sesi pembelajaran di 20 sekolah di daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi terjejas akibat banjir, susulan hujan berterusan.

Daripada 20 sekolah yang dilaporkan terjejas, tujuh daripadanya dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), dua dinaiki air manakala 11 terputus hubungan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search