PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

43 guru, murid terkandas sekolah dinaiki air

43 guru, murid terkandas sekolah dinaiki air

JOHOR ohor Bahru : Seramai 43 guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tampoi Utama di sini terperangkap di kawasan sekolah, semalam, selepas kawasan sekolah terbabit dinaiki air, susulan hujan lebat berterusan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, mereka terdiri daripada 29 guru wanita, lapan guru lelaki dan enam pelajar perempuan.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ditempat kejadian didapati benar berlaku bencana banjir di kawasan yang dilaporkan.

"Kesemua mangsa yang diselamatkan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pu Sze, kira-kira jam 1.26 pagi tadi.

"Daripada 43 mangsa itu, terdapat 24 guru wanita dan enam kanak-kanak perempuan diselamatkan. Bakinya lapan guru lelaki dan lima guru wanita termasuk seorang hamil memilih untuk menetap di lokasi,"katanya dalam satu kenyataan di sini

Menurut Mohd Suhaimi, PKO bertindak membantu mereka dengan menghantar makanan untuk mangsa terjejas banjir.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search