PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi banjir

TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi banjir

JOHOR BAHRU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di lebih 50 lokasi negeri Johor akibat banjir melanda negeri itu sejak Khamis.

TNB Careline dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan bekalan tenaga itu dibuat atas faktor keselamatan.

 

Antara senarai pencawang elektrik yang ditutup dan masih terjejas akibat banjir membabitkan daerah Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Antara kawasan yang terkesan dan mengalami gangguan elektrik di Kulai ialah Estate Lee, Taman Jaya Sepakat dan Kampung Sepakat Baru.

TNB turut mengingatkan mangsa banjir agar mematuhi panduan keselamatan elektrik bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. - Awani

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search