PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir Sabah: Penduduk terjejas di 3 daerah meningkat

Banjir Sabah: Penduduk terjejas di 3 daerah meningkat

KOTA KINABALU, 20 Mac- Perkembangan banjir di Sabah.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di tiga daerah yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 227 penduduk melibatkan 59 keluarga berbanding 65 orang daripada 18 keluarga, pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, 132 penduduk daripada 32 keluarga ditempatkan di dua PPS di Sandakan.

PPS tersebut ialah Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang yang menempatkan 119 penduduk dan Masjid Nurul Iman Kampung pertanian yang menempatkan 13 penduduk.

Di Beluran pula, 92 orang daripada 26 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kampung Balaban Jaya dan Dewan Kampung Sungai Nangka.

Sementara di Paitan, tiga penduduk daripada satu keluarga berlindung di PPS SMK Pamol.

Ketika ini, operasi pemindahan penduduk terjejas banjir masih dijalankan anggota keselamatan.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search