PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Hanya tinggal 7 mangsa banjir di Beaufort

Hanya tinggal 7 mangsa banjir di Beaufort

KOTA KINABALU: Hanya tujuh mangsa banjir daripada tiga keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort setakat 8 malam ini, berbanding 308 orang daripada 99 keluarga petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mereka berada di PPS Dewan PSP Dun Banir.

"Semua mangsa banjir di PPS Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Banjir di 10 kampung terjejas di Beaufort semakin pulih," menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search