PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

900 JBPM Sarawak bertugas sepanjang OP Raya Aidilfitri

900 JBPM Sarawak bertugas sepanjang OP Raya Aidilfitri

KUCHING, 12 Mac: Seramai 900 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan bertugas sepanjang Op Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran, berkata jumlah itu merangkumi 80 peratus daripada keseluruhan 1,200 anggota bomba di negeri ini.

Menurutnya, cuti anggota tidak dibekukan sepenuhnya, namun jadual bertugas diatur bagi memastikan operasi berjalan lancar.

“Penugasan bukan hanya tertumpu kepada pemeriksaan premis perniagaan, kediaman, dan bangunan, tetapi juga pemantauan di Lebuh Raya Pan Borneo.

“Kami menjangkakan peningkatan trafik di kawasan berkenaan dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk risiko kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2025 (SR25) di Ibu Pejabat JBPM Sarawak, hari ini.

Tambahnya, pemantauan turut dilakukan di kawasan kampung bagi memastikan keselamatan, terutama melibatkan kanak-kanak yang bermain bunga api dan mercun.

“Kita tidak dapat menghalang sepenuhnya, tetapi akan cuba memantau bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.

“Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar berhati-hati dalam penggunaan elektrik bagi mengelakkan risiko kebakaran sepanjang musim perayaan ini,” tegasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Op Raya akan dilaksanakan seminggu sebelum dan selepas Aidilfitri.

“Pelancarannya dijadualkan pada minggu akhir Mac dengan Betong sebagai lokasi pilihan,” katanya. -TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search