PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir di Sabah semakin pulih

Banjir di Sabah semakin pulih

KOTA KINABALU: Situasi banjir di Sabah semakin pulih dengan semua tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Sook ditutup dan daerah berkenaan pulih daripada banjir malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir berlindung di 21 PPS di Sabah turun mendadak kepada 3,114 orang daripada 1,061 keluarga pada 8 malam tadi berbanding 4,530 orang daripada 1,488 keluarga tengah hari semalam.

Mangsa banjir paling ramai direkodkan di Beaufort dengan 1,719 mangsa daripada 556 keluarga di tujuh PPS, diikuti Membakut (881 orang daripada 295 keluarga di lima PPS), dan Tenom (514 orang daripada 210 keluarga di sembilan PPS).

"Sebanyak 36 kampung masih terjejas akibat banjir iaitu 16 di Tenom, dan masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut," menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search