PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bomba kawal kebakaran hutan supaya tak merebak

Bomba kawal kebakaran hutan supaya tak merebak

PEKAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berusaha menyekat kebakaran hutan paya gambut di Jalan Pekan-Nenasi dekat Sungai Miang, di sini daripada merebak ke kawasan lain.

Pengarah JBPM Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, berkata kebakaran mula dikesan minggu lalu telah memusnahkan kira-kira enam hektar kawasan hutan paya gambut yang bersempadan dengan projek ladang kelapa sawit dan projek tanaman nanas penduduk.

Katanya, operasi memadam kebakaran kini dilakukan 42 anggota Balai Bomba Pekan dan Balai Bomba Peramu Pekan secara berterusan sejak kebakaran berkenaan dikesan berlaku pada awal Ramadan.

Beliau berkata, kawasan hutan Paya Gambut terbabit hampir setiap tahun berlaku kebakaran. Cuaca panas dan angin kencang berterusan menjadi faktor utama kebakaran mudah berlaku di kawasan terbabit.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search