PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Mangsa banjir di Sabah 4,530 orang tengah hari ini

Mangsa banjir di Sabah 4,530 orang tengah hari ini

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah tidak banyak berubah tengah hari ini, iaitu 4,530 orang daripada 1,488 keluarga berbanding 4,555 orang daripada 1,493 keluarga pada malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir paling ramai direkodkan di Beaufort dengan 1,719 mangsa daripada 556 keluarga di tujuh PPS.

Ini diikuti Tenom dengan 1,119 orang daripada 420 keluarga ditempatkan di 14 PPS, Membakut (914 orang daripada 312 keluarga di lima PPS) dan Sook (778 orang daripada 200 keluarga di tiga PPS).

"Sebanyak 41 kampung terjejas akibat banjir iaitu 16 di Tenom, masing-masing 10 di Beufort dan Membakut serta lima di Sook," menurut kenyataan itu.

Sementara itu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah juga menerusi kenyataan memaklumkan jambatan di KM0.74 Jalan Minasut Kampung Baru ke SRK, Keningau ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

"Penutupan disebabkan struktur penampan jambatan runtuh akibat bencana banjir kilat dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin melalui jambatan itu dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Kampung Baru dan Jalan Minasut. – BERNAMA
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search