PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jalan Kimanis-Keningau dijangka dibuka semula penghujung Mac

Jalan Kimanis-Keningau dijangka dibuka semula penghujung Mac

KOTA KINABALU, 10 Mac- Kerja-kerja membuka semula laluan Kimanis-Keningau dijangka siap menjelang penghujung Mac ini, bergantung kepada faktor cuaca bagi mempercepatkan proses pembersihan jalan.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, memaklumkan bahawa usaha pembersihan sedang giat dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bersama pihak konsesi, melibatkan dua kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh.

“Kita berharap cuaca mengizinkan agar kerja-kerja ini dapat disiapkan segera dan jalan tersebut boleh dibuka semula seperti dijadualkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Iftar UPPM Negeri Sabah Peringkat Parlimen P173 Putatan yang berlangsung di Dewan Sri Putatan.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bantuan kepada 40 penerima daripada golongan kurang berkemampuan sekitar Parlimen Putatan, merangkumi DUN Petagas, Tanjung Keramat, dan Tanjung Aru.

Putatan merupakan daerah keenam dalam siri Jelajah Iftar UPPM Negeri Sabah yang diadakan dengan kerjasama sebuah syarikat swasta.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search