Enam maut selepas ribut landa dua bandar di Argentina
- Admin UKK
- Berita
BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya enam maut selepas ribut dan hujan lebat melanda bandar pelabuhan Argentina, Bahia Blanca dan Punta Alta, yang terletak di barat daya ibu negara Buenos Aires.
Menurut media tempatan pada Jumaat, ribut yang melanda turut menyebabkan banjir besar dan memaksa pemindahan kecemasan dari kediaman dan pusat kesihatan.
Imej yang tular di media sosial juga menunjukkan ibu-ibu yang baru melahirkan terpaksa melarikan diri bersama bayi mereka dari sebuah hospital yang dinaiki air.