PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sarawak destinasi perniagaan yang selamat dan stabil

Sarawak destinasi perniagaan yang selamat dan stabil

BARCELONA, 4 Mac: Kedudukan geografi yang strategik menjadi kelebihan kepada Sarawak dalam menyediakan akses perdagangan antarabangsa dan pasaran utama di seluruh Asia dan serantau.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Sarawak berada di luar Lingkaran Api Pasifik, menjadikannya kurang terdedah kepada bencana alam.

“Kita (Sarawak) mempunyai tadbir urus yang kukuh, infrastruktur bertaraf dunia dan dasar mesra pelabur yang telah mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Sarawak Pavilion sempena Mobile World Congress (MWC) 2025 di Fira Gran Via di sini pada Isnin.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak memfokuskan kepada pelaburan dalam hidrogen hijau, industri rendah karbon dan tenaga mampan untuk menyokong perniagaan dengan matlamat ESG yang kukuh.

“Sarawak terbuka untuk peluang perniagaan dan kita berharap dapat bekerjasama untuk mewujudkan perkongsian jangka panjang yang berkesan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Uggah turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dan ACCENTURE serta Kejuruteraan Rasshin Sdn Bhd dan EDOTCO.

Turut dilancarkan, Pelan Hala Tuju Semikonduktor Sarawak 2030 dan demonstrasi protaip Sarawak Teknologi tercanggih kebolehupayaan kecerdasan buatan (AI) “Ultra Edge’ di dunia bagi penukaran tenaga oleh SMD Semiconductor Sdn Bhd.

Majlis tersebut turut dihadiri, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search