PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan kekal 413 orang daripada 124 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid manakala 63 orang daripada 22 keluarga berada di dua PPS di Paitan.

"Sebanyak 14 kampung terjejas banjir, iaitu enam di Telupid dan lapan di Paitan," menurut kenyataan itu hari ini.

Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah, masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search