Ribut petir, hujan lebat di 7 negeri petang ini
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri sehingga pukul 4 petang ini.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk itu melibatkan seluruh negeri di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.
βDi Perak melibatkan beberapa kawasan iaitu (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).
βManakala di Pahang kawasan terlibat di (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut),β katanya dalam kenyataan hari ini. β KOSMO! ONLINE
