PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

80 kes pencemaran sumber air Selangor tahun lalu

80 kes pencemaran sumber air Selangor tahun lalu

SHAH ALAM – Sebanyak 80 kes pencemaran sumber air telah direkodkan di Selangor yang berpotensi untuk menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) henti tugas, pada tahun lalu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, bagaimanapun kes pencemaran itu merekodkan kes positif apabila terdapat penurunan bagi kes kecemasan Kod Merah dengan hanya empat kes dicatatkan berbanding lima kes pada tahun 2023.

Katanya, kes kecemasan Kod Kuning (insiden pencemaran yang berjaya dikesan dan ditangani tanpa henti tugas LRA) adalah sebanyak 68 kes berbanding 49 kes pada tahun sebelumnya.

“Kejayaan ini hasil penyelarasan pemantauan proaktif dan intensif Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) meliputi lebih banyak lokasi dan kawasan dikenalpasti ( berpotensi tercemar).

“Jadi, kita berjaya mengesan pencemaran dengan lebih awal dan menanganinya segera bagi mengelakkan gangguan operasi LRA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel River Monitoring Program (RMP) di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, rekod turut menunjukkan sebanyak lima buah sungai telah diiktiraf sebagai sungai bersih oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada tahun lalu yang antaranya Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Sepang, Sungai Tengi dan Sungai Bernam.

Ujarnya, bagi Sungai Buloh dan Sungai Klang dikategorikan sebagai sungai sederhana tercemar namun sumber air daripada sungai ini masih boleh digunakan untuk pembekalan air mentah. – KOSMO! ONLINE
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search