PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir landa tiga negeri, Sarawak paling terjejas

Banjir landa tiga negeri, Sarawak paling terjejas

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Seramai 5,381 orang daripada 1,653 keluarga terjejas banjir di Sarawak, setakat pukul 12.00 tengah malam tadi.

Jumlah berkenaan meningkat berbanding 5,125 orang daripada 1,506 keluarga, setakat pukul 8.00 malam tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan sebanyak 30 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan di 15 daerah negeri itu.

Dalam pada itu, di Johor pula, seramai 372 orang daripada 106 keluarga ditempatkan di tiga PPS negeri itu. Angka berkenaan bertambah berbanding 364 orang daripada 106 keluarga, setakat pada pukul 8.00 malam tadi.

"Banjir di Johor hanya membabitkan daerah Kota Tinggi," menurut kenyataan itu. Sementara di Sabah, seramai 253 orang daripada 65 keluarga terjejas di negeri itu.

Angka berkenaan bertambah, berbanding 228 orang daripada 60 keluarga, malam tadi. Banjir di Sabah membabitkan dua PPS di Kinabatangan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search