PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

SPNB percepat proses tuntutan insuran mangsa ribut

SPNB percepat proses tuntutan insuran mangsa ribut

KOTA BHARU - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempercepatkan proses tuntutan insurans pemilik rumah bumbung rosak kerana dipukul ribut di Kampung Danan, Pasir Puteh.

SPNB dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya mengadakan lawatan tapak pada 5 Jun tahun lalu bagi menilai tahap kerosakan yang dialami bagi tujuan proses tuntutan insurans oleh pemilik Rumah Mesra Rakyat, Norazizah Tuan Mat Zin, 50.

SPNB Cawangan negeri Kelantan menerima aduan pada 4 Jun tahun lalu daripada suami pemilik, Wan Rozee Wan Abd Rahman, 49, berkenaan kerosakan rumah akibat ribut di Pasir Putih pada 31 Mei 2024.

“Kami bersimpati dengan pemilik atas bencana yang menimpa kediamannya.

“SPNB amat prihatin terhadap isu ini dan komited untuk mempercepatkan proses tuntutan insurans agar pemilik rumah dapat menggunakan pampasan yang diperolehi bagi kerja-kerja pembaikan kediaman mereka,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, SPNB menegaskan komitmen syarikat dalam memastikan hak pemilik RMR di seluruh negara tidak dinafikan, khususnya berkaitan dengan isu tuntutan insurans.

“SPNB sentiasa mengutamakan kepentingan dan hak para pemilik RMR serta berusaha menangani setiap aduan dengan teliti, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Kami akan terus memastikan setiap aduan diberi perhatian sewajarnya serta diselesaikan dengan sebaik mungkin,” ujar kenyataan itu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, empat sekeluarga berkenaan terpaksa menumpang di rumah saudara sejak tujuh bulan lalu kerana tidak mampu membaiki sendiri bumbung rumah RMR SPNB yang rosak, dianggarkan menelan kos RM38,000.

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search